Dewasa kini terdapat banyak cara untuk teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, antaranya ialah dengan cara membuat blog dan menggunakan bahan-bahan ICT lain, terdapat banyak kebaikannya tetapi tidak kurang pula keburukannya:
Antara kebaikannya:
1) Dapat berkongsi teknik dan cara penyampaian guru bersama-sama rakan di seluruh pelusuk dunia.
2) Anak -anak murid dapat mencari maklumat yang diperlukan untul pembelajaran.
3)Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
4) guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.
5) pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.
6) pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
7) dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
8) guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
9) guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.
10) Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.
contoh prose PnP
Antara keburukkan penggunaan blog ialah:
- tidak dapat mengetahui adakah sumber yang didapati itu betul atau pun salah
- para pelajar tidak semata-mata melayari internet hanya untuk mendapatkan maklumat yang dicari untuk pembeajaran tetapi juga dapat menggunakan internet dengan sewenang-wenangnya. menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan berunsur fitnah
- menyebarkan spam, iaitu maklumat tidak berguna utuk mendapatkan keuntungan besar dari iklan di blog
- menggalakkan penyamaran dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar. kesimpulannya, baik buruknye sesebuah blog itu bergantung kepada blogger dan isi blognya, terpulang pada kita untuk menilai segala kebaikan dan keburukanya, yang pasti setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan nya, wallahu'alam.


No comments:
Post a Comment